Tuesday 17 January 2012

HOTEL

Renaissance Kuala Lumpur Hotel merupakan kerja pertama aku selepas aku sudah habis SPM..sewaktu aku temu duga kat hotel tu..aku tak tau nak kerja kat department apa kat dalam hotel..bila HR tanya adik nak kerja sebagai apa..aku cuma diam je..dan beberapa saat kemudian aku cakap kat HR tu boleh saya keluar 1 minit tak..lalu HR kata ok dan aku terus tanya pakcik aku department apa yang ada kat hotel ni..pakcik aku suruh minta bahagian HOUSE KEEPING..aku pun cakap tak nak la..sedangkan bilik kat rumah tu pun tak macam bilik(bilik bujang)..pakcik aku cakap ambil je la dan minta bahagian HOUSE KEEPING MINI BAR..aku terus masuk dan cakap kat HR yang aku nak bahagian mini bar...HR tu uji aku bahasa inggeris..agak kucar kacir jugak la bile aku nak menjawab selepas HR tu tanya macam-macam kat aku...lepas tu HR tu cakap kat aku adik cuma boleh bahagian kemas bilik je..aku pun redha bila HR cakap macam tu...daripada tak dapat kerja...

gambar kat atas ni adalah uniform housekeeping...uniform simple je...aku kerja kemas bilik cuma 1 bulan sahaja..lepas tu aku nak berhenti..tapi aku tanya kat penolong kanan terlebih dahulu sebab nak minta dia pindahkan aku kat department lain..dia tak bagi cuma dia tukar kerja aku iaitu RUNNER...aku pun ok je la...nak kata kerja tu susah..tak pun cuma penat sebab kena jaga 2 bangunan..maklumlah aku seorang je yang kerja runner dan hantar pesanan sekiranya ada tetamu minta pesanan..pesanan tu cuma minta barang lebih yang dah ada kat dalam bilik je..nak kata masyuk kerja ni masyuk jugak la...sebab ada duit extra kadang-kadang iaitu tips yang diberi oleh tetamu sewaktu hantar pesanan tetamu tersebut...aku kerja RUNNER cuma 3 bulan lebih je lepas tu aku berhenti sebab aku masuk form 6...
selepas aku habis STPM aku kembali kerja kat Renaissance Kuala Lumpur Hotel..tapi aku tak bekerja berseorangan..aku ajak kawan-kawan..yang join HAFIZ..ADRI..MUSTAFIZI...gambar kat atas ni aku tak kerja kat department HOUSE KEEPING..aku minta kerja kat ROOM DINNIG/SERVIS..yang sama dengan department aku Hafiz dan Mus je..Adri kerja kat department DTS..kerja kami lebih kurang cuma Adri hantar barang housekeping dan saya Hafiz dan Mus hantar makanan...kerja ni memang seronok..dan lagi masyuk daripada kerja housekeeping dan gaji lebih besar dari kerja housekeeping...perh!!!terbaik la.....